Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Wednesday 27 January 2010

Geramnya...

Saya sekeluarga bercadang hendak ke Syria pada cuti semester fasal awal untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran markaz lughah di sana. Berikutan beberapa informasi dari beberapa sahabat yang mengatakan sistem pembelajaran markaz lughah di sana agak lebih sistematik Dalam pada itu saya serta suami berhasrat untuk menghantar anak-anak belajar disana.

Cadangan asal untuk ke sana adalah pada hari Isnin 25 Jan 2010 tetapi dalam pada itu kami mendapat tahu ada rombongan rehlah pelajar akhwat juga hendak ke Syria pada hari Ahad 24 Jan 2010. Justeru kami mengambil keputusan untuk menumpang rombongan itu memandangkan ada kekosongan tempat, Diharap juga dapat menjimatkan kos berbanding jika pergi sendiri.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi,kami bersama rombongan bertolak dan sampai di Hudud untuk urusan imigresen. Malangnya timbul sedikit masalah iaitu terdapat pelajar yang telah tamat iqomah serta ada yang belum siap iqamahnya. Dengan itu mereka dikenakan denda. Keadaan agak tegang juga kerana jumlah denda mencecah 800JD. Terkandas di situ pun sehingga pukul 2.00 petang.

Ini juga satu pengajaran kepada pelajar supaya memastikan pengesahan indentiti diri dikemaskini sebelum memmasuki atau keluar dari sesebuah negara. Bagi pihak pengurusan sesebuah program lawatan yang melibatkan keluar negara,pastikan membuat serta mendapatkan maklumat yang tepat terutama sekali bersangkutann undang-undang sesebuah negara. Jangan 'tangkap muat' sahaja seolah-olah asalkan ada pendaftaran,asalkan program terlaksana atau asalkan hajat dapat berjalan tertunai tanpa memikirkan kesannya pada orang lain.

Kami agak terkilan juga kerana pihak pengurusan tidak sudi memberi risalah tentatif program kepada kami. Seolah-olah kehadiran kami untuk menumpang diterima dengan rasa berat hati. Rasa tak dihormati langsung padahal presiden yang menumpang. Sewaktu maghrib iaitu lebih kurang pukul 5.00 petang,kami dijemput makan petang bersama mereka. Tanpa rasa syak wasangka kami menerima pelawaan itu.

Sampai di kota Damsyik lebih kurang pukul 9.30 malam dan terus ke hotel. Selesai membuat bayaran hotel,kami sekeluarga keluar makan malam.Pada keesokkannya kami sekeluarga keluar sendiri berbalik tujuan asal kami ke sana. Ribuan terima kasih kepada Persatuan Pelajar Malaysia Syria serta sahabat-sahabat di sana kerana sudi membantu kami. Banyak pusat bahasa serta maahad yang dapat kami lawati serta maklumat yang ingin kami ketahui juga amat memuaskan walaupun dalam jangka masa yang amat singkat. Pada sebelah malamnya kami mendapat jemputan dari Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria untuk menghadiri perjumpaan perkenalan dengan ahli pimpinan persatuan di sana. Pertemuan singkat yang begitu mesra.

Pagi hari Selasa kami menerima msj dari pihak pengurusan yang meminta kami membayar tambang satu perjalanan sebanyak 12JD seorang. Kami benar-benar terkejut kerana jika mengikuti program penuh bayaran hanya 50JD seorang. Jika kami bayar tambang pergi balik sudah 24JD seorang, tambah sewa hotel 20JD seorang,jumlah sudah 44JD dan baki cuma 6JD sahaja untuk makan dan jalan-jalan. Jika begitu lebih baik kami ikut pakej penuh. Padahal kami cuma tumpang bas sahaja. Kami tak ikut langsung program hari kedua dan ketiga dan kami tak ambil makanan. Kami makan cuma sewaktu diajak makan semasa perjalanan datang dan kami tak sangka itu dikenakan bayaran kerana makanan yang berlebihan masih banyak. Untuk tidak menimbulkan yang tak baik,kami bayar tambang datang dan kami pulang sendiri dengan teksi yang jauh lebih murah dan cepat.

Sekadar buat pengajaran semua, berhati-hatilah apabila hendak menumpang orang walau siapa pun anda kerana sesiapa pun boleh mengena serta mengambil kesempatan ke atas anda. Lebih menyakitkan hati apabila yang membuat tindakan begitu adalah dikalangan orang yang dikenali..

No comments:

Post a Comment