Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Tuesday 16 October 2012

Semoga Bergandingan ke Syurga


Profail D'ITQAN


Perjuangan Yang Harus Diteruskan

Pengalaman beberapa bulan di situ memang begitu terkesan di lubuk hati..biarlah mereka yang terlibat sahaja yang tahu rasanya..sukar untuk diceritakan..
Bersama anak-anak yang tabah hati,kami tinggalkan tempat itu untuk sinar bahagia keikhlasan agar dapat diteruskan perjuangan ini dengan lebih sempurna.

Namun silaturrahim ikatan bagaikan saudara kandung antara suamiku dengan ustaz Hasanuddin amat mengharukan. Berkongsi simpati atas nilai kemanusiaan memjuraikan airmata serta tawa sendu agar diberi kekuatan dalam harungan fitnah  manusia.

Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berirama di hatiku...lihat muka suami , lihat muka dua orang anakku yang sedang menghadapi SPM , lihat wajah si bongsu , lihat keadaan kami.. denyutan nadi ini penuh irama tak menentu..namun hajat tetap diteruskan seadanya.

Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang sudi membantu kami hingga ke saat ini..memang tak terbalas jasa kalian..Ya Allah...kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami..Apa jua yang kalian curahkan dalam usaha menyempurnakan kewujudan D'ITQAN begitu berharga buat kami. 

Kini D'ITQAN adalah perjuangan yang harus diteruskan. Melihat air muka anak-anak yang bersih penuh ilmu, hatiku menjadi sejuk. Berkah usaha yang terlibat..inilah hasilnya..Alhamdulillah

Permulaan Sejak Kepulangan

Permulaan dalan kekeliruan
Jenjarom pilihan tumpangan
Seisi keluarga dalam pelukan
Banglo mewah umpama setinggan..

Langkah digorak atas pujukan

Membantu hasrat niat Fatimah
Ikhlaskan hati untuk teruskan
Meski diri terasa lemah

Puas disimbah jerih kepenatan
Padang jarak kini kehijauan
Namun keegoan tiada sempadan
Diusir dibuang bersama kekecewaan

Hilangnya janji Azlim kasih terbuang

Perjuangan diteruskan dalam kehinaan
Setiap tindakan dalam terlarang
Punah jua sebuah keikhlasan

Kekecewaan diri jeritan tersentap

Hanya doa penyingkap fitnah
Tawaran Azman penghujung harap
Membina kekuatan sebuah amanah

 

'Seiring Nadiku' berirama kembali..

Assalammualaikum
Sekadar rintihan diriku yang begitu lama sepi dari menarikan bait-bait loretan jalinan nafas kehidupan ini. Seiring Nadiku sekadar sepi menari penanya tetapi tetap berirama di pentas usia dalan mengejar yang hakiki..

Sepinya aku dari ruangan tinta ini setelah meninggalkan bumi Jordan pada Februari 2011. Pulang ke tanahair bersama keluarga tersayang untuk menyanbung juang samada berbekalkan rintihan yang silam disulami kekebalan cabaran baru nan pastinya tiada terduga masa serta tempatnya..Wallahualam.. 

Selagi ada hasrat,akan cuba kujejaki jua halaman demi halaman meskipun ditinggal waktu kerana tatapan ini bukan sekadar coretan usang lagi lusuh tetapi ianya adalah curahan isi hati yang hanya mampu diperindahkan nilainya melalui simfoni madah tanpa minta diagungkan,cukup sekadar dikongsikan pada yang sudi..