Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Sunday 28 February 2010

...WAHAI GADIS PENING...

Wahai gadis pening...
dilihat dari luaran,sungguh sopan
dilihat sudut akademik,sungguh bijak
tetapi kenapa?
bila bersuara,bagai bergegar dunia
bila berbahasa,bagai terlebih adap
bila beramah,bagai ada ugutan
entah kenapa?
mengata orang bagai rutin harian
maki hamun orang bagai orang tiada iman
cukuplah itu...wahai gadis pening

Wahai gadis pening...
nak dikatakan budak,dah gatal nak bernikah
nak dikatakan mentah,umur dah banyak
nak dikatakan tidak diajar,ada mak bapak
nak dikatakan gila,nampak masih waras
nak dikatakan tidak bersekolah,dah di menara gading
nak dikatakan bahalol,dah kasar sangat pula
apa pun engkau memang gadis pening

Wahai gadis pening...
cukup-cukuplah mengata orang
budak itu tak baik,budak ini tak baik
cukup-cukuplah menghasut orang
jangan kawan orang itu,jangan kawan orang ini
cukup-cukuplah riak diri
keluarga orang berada konon
tapi menagih penaja sana sini
cukup-cukuplah takbur
kategori beriman,terkawal segalanya
tapi sms jugak dengan lelaki bukan muhrim
bercinta jugak bagai nak rak
melalak sana sini..nak kahwin..nak kahwin
bila rahsia dah terbongkar
cepat-cepat bagitau dah bertunang
alahai..gadis pening
tunang itu kan belum halal jugak
memang pening..pening

Wahai gadis pening...
baikilah hatimu
supaya ilmumu berkat
baikilah perangaimu
supaya pribadimu lebih sempurna
baikilah pertuturanmu
supaya tidak menyakiti perasaan saudaramu
baikilah adabmu
supaya menjadi contoh anak didikmu kelak
baikilah perhubunganmu
supaya sentiasa berhikmah
itulah sakitmu wahai si pening...

Wahai gadis pening...
keluarlah dari kepompong loghatmu
lihatlah dunia di sekelilingmu
jangan pendekkan akalmu yang panjang
jangan sempitkan dunia yang memang luas
jangan kunokan teknologi yang serba maju
jangan butakan matamu yang memang celik
jangan tutup kesalahanmu yang dah nyata
cari-carilah penawar peningmu...

Wahai gadis pening...
laungan pendamba cinta ilahi
takkan maki hamun orang guna nama Allah
jeritan pencinta syahid abadi
cinta sesama insan pun belum lulus
sampai meletakkan hukum halal haram
menempatkan syurga neraka orang
sesuka hati,sesedap rasa,selaju mulut berbicara
lantang bercerita,tanpa sedar
rahsia diri yang dijajarkan
sesekali lagaknya macam bomoh siam
dua kali pula lagaknya macam orang gila
yang pasti..dia memang pening...

SALAM DIHULUR...MAAF DIPOHONKAN

Assalamualaikum. Ribuan maaf kerana agak lama menyepi berikutan terputusnya talian internet selama sepuluh hari di rumah dan dalam pada itu saya serta suami ke Syria selama beberapa hari kerana menghantar dan mendaftarkan anak-anak belajar kelas bahasa arab di salah sebuah maahad yang terkemuka di sana.

Memang terasa agak sunyi tanpa riuh rendah suara putera puteri tersayang namun saya masih punya tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Bagi yang tidak memahami mungkin menyangkakan bahawa berjauhan dengan anak-anak seolah=olah bertambah ringan kerja tetapi hakikatnya hanya seorang yang bergelar ibu,emak,umi atau mama sahaja yang merasakannya. Hanya doa berpanjangan yang mengikat kasih...pelerai rindu. Kepada sahabat-sahabat semua...semoga penjelajahan kalian di blog saya diiringi ukhwah yang ikhlas...terima kasih...

Tuesday 9 February 2010

Menyusuri Seindah Cinta Ambiya

Bermula penjelajahan bertemakan "Menyusuri Seindah Cinta Ambiya" tanggal 1 Feb 2010 pukul 8.00 pagi. Dengan menaiki coster,rombongan kami seramai 23 orang memulakan perjalanan dari mafraq menuju 'The battle of Yarmouk'. Sebagai pengalas perut,kami diberi sarapan burger daging special. Pembuka mukadimah pengarah program Ust Shauqi memberi kata-kata aluan serta Ust Nasir menbaca doa semoga perjalanan kami selamat dan diberkati.

* HARI PERTAMA *

1- Kunjungan Ke "The Battle Of Yarmouk"
Sambil bergambar,Ust Hasibullah memberi penerangan memperingati kembali kisah peperangan Yarmuk. Kisah perang hebat di mana pada mulanya atas arahan Saidina Abu Bakar pimpinan perang diketuai oleh Khalid Al Walid(Pahlawan Pedang Allah). Tetapi sewaktu perang berlaku, Saidina Abu Bakar meninggal dunia dan digantikan oleh Saidina Umar AL Khattab. Saidina Umar telah mengarahkan pimpinan perang diserahkan kepada Abu Ubaidah al-Jarrah(Penjaga Amanah Umat). Atas semangat bukan pangkat dunia yang dikejar tetapi untuk menghancurkan musuh Allah,kedua-dua panglima perang bersatu hati bersama tentera Islam menentang tentera Rom yang seramai 240 ribu orang. Akhirnya dengan izin Allah tentera Islam yang hanya seramai lebih kurang 20 ribu orang telah mendapat kejayaan. Pengkaji sejarah Arab iaitu Al Tabari menyatakan "There was never a battle as that of Yarmouk".
The Battle Of Yarmouk

2- Kunjungan Ke Umm Qays
Kota Greco Roman Umm Qays(Gadara) merupakan decapolis (salah satu daripada himpunan sepuluh buah kota). Pernah dikuasai oleh Greek, Roman, Byzantium dan kerajaan Othmaniyah. Kawasan berbukit yang menjanjikan panorama saujana mata memandang ini sememangnya menjadi rebutan kuasa besar. Pada 636M merupakan detik penguasaan Islam ke atas Gadara. Pernah mengalami gempa bumi serta jatuh bangun pembinaan yang pada awalnya dibina dari batuan igneus gunung barapi serta binaan dari baru kapur putih pula pada zamam Othmaniyyah.

Umm Qays

3- Menziarahi Maqam Abu Ubaidah al-Jarrah
Kami solat jama' Taqdim dan selepas menziarahi maqam Abu Ubaidah al-Jarrah, kami menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan. Nama sebenar Abu Ubaidah ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisy. Lahir pada 582 nasihi di Mekah serta beliau antara 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin masuk syurga. Beliau menyertai Perang Badar, Perang Uhud, menggantikan Khalid al Walid dalam Perang Yarmuk, menakluki Hims, menakluki Baitulmuqadis(Jerusalem), panglima perang ke Syria, menjadi Gabenor di Syam dan beliau meninggal dunia pada 640 Masihi bersamaan 18 Hijrah akibat wabak taun. Hadis Nabi Muhammad SAW berkenaan kelebihan Abu Ubaidah, "Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah al-Jarrah".

Di Hadapan Maqam Abu Ubaidah Al-Jarrah

4- Berkelah Di Laut Mati
Acara yang penuh santai ini dinikmati dengan pelbagai ragam. Ada yang mandi manda atau sekadar bermain air di persisiran pantai serta ada yang duduk berehat sambil menikmati keindahan alam terutama sekali apabila terbenamnya matahari.Terasa sungguh syahdu keinsafan percisan keindahan alam buana ciptaan Ilahi. Ada juga yang sibuk membakar ayam sebagai santapan istimewa makan malam kami. Selepas solat jama' Taqdim, kami mengemas untuk berangkat ke Mu'tah. Kami bermalam di Mu'tah iaitu di PUSKMA dan ada juga yang menumpang di rumah kawan-kawan. Ribuan terima kasih kepada PERMATA iaitu persatuan pelajar Mu'tah atas kerjasama yang diberikan.
Berkelah Di Laut Mati

* HARI KEDUA *

5- Berada Di Qol'ah Salahudin Al-Ayubi
Selepas menikmati nasi goreng sebagai sarapan pagi, kami bertolak ke Karak Castle atau Qol'ah Salahudin Al-Ayubi. Tembok peninggalan sejarah zaman berzaman dari pelbagai pemeintahan yang penuh rahsia. Penerangan terperinci dan lengkap disampaikan oleh Ust Yasrif. Sambil itu ada juga yang berkesempatan untuk 'cuci mata' di kedai bundle yang berdekatan.

Karak Castle

6- Menziarahi Maqam Di Mazar
Kami menziarahi maqam Ja'far bin Abi Tholib dan Zaid bin Harith tetapi tidak dapat menziarahi maqam Abdullah bin Rawahah kerana kesuntukan masa. Penerangan diberikan oleh Ust Nasir. Ketiga-tiga mereka adalah panglima perang yang syahid sewaktu Perang Mu'tah. Ja'far bin Abi Tholib adalah sepupu Nabi Muhammad SAW dan juga abang sulung kepada Saidina Ali bin Abi Tholib. Beliau lebih dikenali sebagai Ja'far at-Toyyar atas keberanian beliau sehingga kedua-dua belah tanggannya terputus ketika dalam peperangan. Zaid bin Harith pula adalah anak angkat Nabi Muhammad SAW bersama Khatijah manakala Abdullah bin Rawahah adalah di kalangan orang Ansar. Setelah ketiga-tiga panglima ini syahid maka pimpinan diserahkan kepada Khalid Al Walid yang akhirnya dengan izin Allah kemenangan di pihak tentera Islam yang hanya seramai 3000 orang menempuh tentera Byzantium seramai 200 000 orang. Perang ini terjadi pada 5 Jamadil Awal 8 Hijrah 629M.

Di Hadapan Maqam Di Mazar

7- Kunjungan Ke Wadi Musa
Dalam perjalanan, kami diberikan snek sebagai 'kudap-kudap. Perjalanan yang agak jauh itu digunakan untuk berehat. Ada yang tidur,ada yang merelexkan minda sambil mendengar lagu malah tak ketinggalan ada juga yang menikmati keindahan saujana mata memandang sambil berangan-angan. Sampai juga kami di Wadi Musa atau 'Valley Of Moses'. Punca airnya adalah dari sebuah pergunungan berhampiran. Air gunung padang pasir ini semestinya sejuk dan segar.
Wadi Musa

8- Menjelajahi Petra
Sesampainya kami di Petra, kami menunaikan solat jama' taqdim kemudian menikmati makan tengahari yang disediakan. Diberikan bekal air mineral bersama buah epal, kami meneroka 'one of the world's New Seven Wonders'. Serasakan kembali ke zaman purba, kami menjelajah sejauh serta semampu kami. Ada yang mengambil kesempatan menunggang kuda, unta serta keldai. Perjalanan yang agak jauh serta penuh hentian sejarah memang tak dapat diungkaikan dengan kata-kata. Ibarat kata-kata puitis dari seorang penyajak dunia iaitu Dean Burgon's "Match me such a mavel save in Eastern clime/A rose-red city half as old as time.."

Petra

9- Menikmati Keindahan Malam Di Aqobah.
Kami sampai di Aqobah kira-kira pukul 9.30 malam. Selepas check-in di hotel dan solat jama' ta'khir, kami keluar beramai-ramai mencari restoran makanan laut. Kami sepakat makan di sebuah restoran yang kami kira harganya berpatutan. Boleh kata kami rakyat Malaysia aje yang memonopoli restoran itu. Dengan hidangan ikan bakar, ikan goreng, ikan kukus, udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ayam turki serta pelbagai jenis nasi arab diserikan pula air cocktail buah-buahan dan ditambah hembusan angin dari pantai yang berdekatan..apalagi memang beradu selera betul kami. Tidak ada hidangan yang tidak habis. memang senyum hingga ke telinga le tuan restoran tu. Walau pun makan malam ini kami kena bayar sendiri (yang lain lengkap disediakan pihak pengurusan) tetapi memang berbaloi la..puas makan. Selepas makan, masing-masing dengan aktiviti sendiri. Ada yang jalan-jalan 'cuci mata' dan ada juga yang terus balik ke hotel untuk berehat..tak ketinggalan, ada juga yang sempat ke bundle..hehehe
Makan Malam Di Aqobah

* HARI KETIGA *

10- Mandi manda di pantai Aqobah
Seawal pukul 7.00 pagi kami telah ke pantai Aqobah untuk mandi manda. Bagi yang pandai berenang, inilah masenya tunjuk handal. Tidak kurang juga yang sekadar berjinak-jinak di gigi air. Suasana pantai yang damai memang sesuai untuk yang ingin merehatkan minda. Yang penting, tidak akan lupa merakamkan gambar buat kenang-kenangan untuk tatapan sahabat serta keluarga tersayang di Malaysia. Kami balik semula ke hotel untuk Chech-out.

Pantai Aqobah

11- Menaiki Bot Kaca
Selepas memasukkan barang-barang ke dalam coster,kami pergi menaiki bot kaca. Dengan menggunakan dua buah bot, kami dibawa menikmati keindahan khazanah laut menerusi ruangan berkaca di lantai bot. sungguh asyik saujana mata memandang. Kami dihiburkan dengan selingan jeritan gayat bercampur tawa ria apabila jurumudi bot menari-narikan botnya.
Di Hadapan Bot Kaca

12- Membeli belah di Aqobah
Masing-masing tidak melepaskan peluang membeli udang, sotong serta ikan untuk dibawa pulang. Tidak lupa juga kekacang seperti gajus,badam serta pistacio yang memang terkenal sebagai buah tangan dari Aqobah. Saya juga sempat membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan dari sebuah kedai cenderamata yang berhampiran. Kami juga dibawa ke komplek bebas cukai. Bagi yang ingin mendapatkan baju berjenama dengan potongan harga runtuh..inilah masanya. Selepas solat jama' taqdim, kami meninggalkan Aqobah. Kami diberikan 'nasi mandi' sebagai makanan tengahari.

Istimewa Dari Aqobah

13- Mengembara Di Wadi Rum
Destinasi terakhir jelajah kami adalah Wadi Rum iaitu salah satu padang pasir yang termasyhur di dunia. Dengan menaiki tiga buah pick-up yang kami gelarkan 1-group hard rock, 2-group mat rempit dan 3-group cool. kami dibawa mengembara 'ala-ala koboi' melintasi kegersangan padang pasir, melihat beberapa ciptaan unik alam seperti 'Seven Pillars Of Wisdom', melalui perkampungan Badwi serta menyusuri tembok batu gunung ganang mencari jaluran mata air(Khazali Canyon). Angin kencang serta suasana sejuk tidak mencacatkan kembara kami. Menakluki puncak bukit pasir(Sand Dunes) memang memberi kepuasan kepada kami, serasakan berada di awang-awangan, disaluti kedinginan bayu serta dipayungi keindahan alam kuniaan Ilahi. Tenang dan damai melihatkan lembayung senja berlabuh..pasti saat-saat ini takkan dilupakan..

Di Puncak Bukit Pasir Wadi Rum

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah restoran untuk solat jama' ta'khir dan menikmati nasi bersama ayam panggang serta kuah kacang atau ubi. Alhamdulillah kami selamat sampai sekitar pukul 1.00 pagi. Selautan tahniah atas perlaksanaan program yang cukup mantap. Kepada Ust Shauqi, Ust Mustaqim serta Ust Fakrulhadi..komitment serta kesepaduan kesepakatan kalian benar-benar membuahkan kepuasan kami. Dengan hanya 40JD,lengkap sudah sebuah penjelajahan. Teristimewa buat sahabat-sahabat yang menyertai program ini..semoga kerjasama serta semangat yang dicurahkan mengukuhkan lagi talian silaturrahim sesama kita. Kepada yang tidak mengikuti..sememangnya anda rugi besar..



Saturday 6 February 2010

Bisikan Nadiku..

Dalam dingin malam di bumi ambiya' ini,
aku alunkan irama syahdu penghibur kalbu,
kuredah sepi bersama gelora di hati,
namun rasa berkocak dijiwa tetap bergetaran,
mencari kalam semangat pembakar ikhtiar.

Ingin aku menjerit tetapi lidahku kelu,
ingin aku menanggis tetapi tiada berair mata,
ingin aku merayu tetapi entah pada siapa,
sedang diri terasa semakin terpinggir,
merentasi masa dipayungi usia.

Adakah ini hadiah buatku,
atas segala apa yang berlaku,
atau ini semua adalah permulaan sebenarnya,
sebagai garis ukuran ketabahan bermula,
dalam mencari damai yang hakiki.

Siapalah aku untuk mempertikaikannya,
setelah diberi nikmat yang melimpah ruah,
di mana harus aku cari sandaran kekuatan,
sedang diri diulit dosa..
rupanya diri ini,
begitu kerdil dengan ujian Mu,
walau diri terasa jauhnya perjalanan ditempuhi.

Kini aku masih sendiri..
sujud memohon tetap dibekalkan,
ketabahan hati menempuh dugaan,
kekuatan semangat meredah halangan,
sedang diri terasa di awang-awangan,
mencari arah sebenar tetapan di mana.

Dalam penantian lembayung senja,
aku bernafas dalam peibagai hembusan,
seiring nadiku tetap bergetar,
alunan irama tak menentu,
namun doa tetap dipanjatkan,
agar sentiasa di bawah naungan Mu,
seluas lautan kesyukuran ditaburi iman,
bersama gugusan selawat dan salam atas junjungan..