Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Saturday 23 January 2010

Bergandingan Ke Syurga

Sekalung apresiasi saya hulurkan kepada jawatankuasa program kempen "Bi'ah Solehah" yang bertungkus lumus menjayakan kempen ini yang begitu diwara-warakan bukan sahaja melalui edaran risalah malah melalui media elektronik jua. Seiring arena globalisasi ini telah memudahkan kita berkongsi serta membudayakan ilmu pengetahuan selaras dengan misi PRISMA sessi ini iaitu MELAHIRKAN MAHASISWA ISLAM YANG BERKUALITI,BERKETRAMPILAN DAN PROAKTIF BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

Bertemakan "Bergandingan Ke Syurga" membawa kita ke satu matlamat nilai murni integriti sebagai asas jati diri bertunjangkan bait-bait ilmu yang diterokai selama ini. Tanpa berlengah,mari kita selami bersama bibit-bibit perjuangan metafora jawatankuasa program melalui tiga trend utama yang diterima sebagai paradigma yang universil. Pertama bermula dengan 'jom solat berjemaah", kedua pula diikuti dengan "jom semai ukhwah" manakala ketiga "jom jaga ikhtilat'.

Kempen yang dikhususkan kepada mahasiswa dan mahasiswi pengajian agama ini seharusnya amatlah tipis kenegatifan penerimaannya. Melaksanakannya pun seharusnya bertunjangkan ilmu yang sudah dimiliki. Lantaran menyedari hakikat inilah anda tepuk dada tanyalah diri samada adakah ilmu itu telah diaplikasi selaras dengan apa yang dipelajari? Atau anda hanya kaya dengan ilmu tetapi kontang dengan pengisian jiwa dan pembangunan minda?

Menjayakan program yang mencerminkan sahsiah diri seharusnya disahut dengan laungan keramat "jom" yang berakar umbikan toleransi bermula dari diri individu itu sendiri. Solat berjemaah sewajarnya dipraktikkan selalu biarpun dimana dan walau siapapun bersama kita. Susulan dari itu sentiasalah mencari ruang masa serta ajaklah mereka-mereka yang selama ini kita sendiri tidak pernah berjemaah dengannya. Ganjaran pahala berjemaah itu dengan sendirinya melahirkan keinsafan diri dan di saat kita bersalaman,satu-satunya lakaran bahawa kita hidup dalam kepelbagaian darjat,status serta usia tetapi tetap sama di sisi Allah.

Disulami pelawaan eratkan ukhwah bukan sahaja kepada sahabat sebilik,serumah atau seasrama malah seharusnya lawaan ukhwah melebarkan sayapnya kepada mereka-mereka yang selama ini tidak pernah disapa. Bait-bait pelawaan seperti "jom ke masjid","jom ke rumah","jom makan bersama","jom main bola","jom saling mengziarah" dan sebagainya adalah antara refleksi jalinan ukhwah yang seharusnya disulami kemesraan dan keikhlasan. Keluarlah dari kepompong kumpulan anda sahaja.Satu-satunya azimat kecemerlangan diri adalah apabila anda relevan dalam berukhwah dengan sesiapa pun.

Mengimbangi kemajuan duniawi dalam bentuk kekayaan material yang dimiliki haruslah berpasakkan ketinggian akal fikiran manusia yang dianugerahkan Allah. Pengamalan moral bercirikan Islam selaras dengan kemajuan haruslah fleksibel. Sikap membezakan sahabat haruslah dikikis demi menjalin kerukunan malah kesepaduan hati dengan bermusyawarah amatlah dituntut. Dalam konteks pergaulan antara bukan muhrim pula sebenarnya mempunyai beberapa garis panduan bersesuaian dengan keperluan dan suasana semasa.

"Bi'ah solehah" yang merangkumi pelbagai sudut jangkauannya adalah kempen tiada batas masa. Konklusinya tidak ada pretensi tetap untuknya kerana landasan suasana hidup individu itu sendiri akan berubah seiring usia dan tempat. Yang nyata ilmu wahyu yang dipelajari haruslah dimanafaatkan sebaiknya dengan integriti. Semoga kempen ini tidak dipandang sepi begitu saja atau sekadar imaginasi jawatankuasa program sebaliknya mulai hari ini kita dengan penuh inisiatif baiki diri kita sesuai dengan persekitaran islamik yang progresif.

1 comment:

  1. Seindah sulaman mutiara yang beritih diruangan karen ini amatlah berkesinambungan puitis sekali dan amat terusik qalbuku..malah ape yg dicetuskn seolah2 AJK pelaksana seolah2 syok sendiri dan tidak berfikir diluar kotak seumpama tidak mesra dengan ahli yg ingin dititipkn bait2 kombinasi seruan 3 eleman itu..harap lebih berfikir n bertindak diluar kotak..AJK pelaksana tidak hanya merasakan syok sendiri diruangan lingkup sebuah kotak kecik.."umpama katak dibawak tempurun kaca"..dapat melihat,malah tidak dapt menjadi agen perubah"

    ReplyDelete