Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Tuesday 12 January 2010

Peperiksaan Oh Peperiksaan

Musim peperiksaan sedang melanda pelajar-pelajar di sini. Masing-masing tekun mengulangkaji dengan cara dan gaya yang tersendiri. Jika ditinjau laman YM,pelbagai status bayangan peperiksaan. Tetapi yang 'relax sempoi' pun ada juga.

Sekadar memenuhi halwa mata setelah letih membaca.apa kata kita renung sejenak erti peperiksaan. Adakah hanya untuk menentukan kepandaian atau kebolehan seseorang semata-mata? Jika dikaji hanya kerana adanya peperiksaa,barulah kita hendak bersedia,barulah sibuk bertanya apa yang kurang faham,menghafal dengan pelbagai kaedah. Bayangkan jika kita belajar tetapi tidak ada peperiksaan...

Peperikksaan itu sendiri sebenarnya membawa seribu erti kepada yang ingin menilainya. Kita akan bersedia dan berusaha untuk peperiksaan yang sudah sedia kita ketahui jadualnya. Adakah kita juga bersedia dan berusaha untuk peperiksaan yang belum kita ketahui jadualnya, Peperisaan tidak berjadual yang harus kita hadapi ialah peperiksaan dari ALLAH,yang sentiasa hadir dalam keadaan kita bersedia atau tidak..

Andai di saat kita sedang menghadapi peperiksaa,kita mengharapkan ada yang membamtu kita,kita akan mencari,membaca serta menghafal apa jua bahan-bahan yang dapat digunakan semasa peperiksaan dengan satu hasrat supaya kita berjaya. Kenapa sewaktu peperiksaan ALLAH, tidak pula kita membuat perkara yang sama?

Kenapa tidak kita sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan ALLAH? Kenapa tidak ilmu yang kita perolehi samada ilmu dari bahan bacaan,ilmu dari pengalaman,ilmu dari kawan-kawan malah ilmu dari setiap pancaindera kita juga boleh dipraktikkan sebagai persediaan. Justeru itu,khusus kepada pelajar-pelajar agama,ingatlah bahawa anda antara sedar atau tidak adalah antara yang bertuah kerana sentiasa berada dalam 'lingkungan ilmu'.

Serta ingatlah jangan kerana anda tergolong pelajar agama,anda memandang rendah kepada golongan yang lain. Jangan sesekali juga anda menafikan fenomena yang sedang berlaku di tempat kita iaitu golongan terpilih seperti anda memandang rendah serta menghina golongan lain. Jangan sebarangan menggunakan mana-mana dalil atau hadis kerana silap perhitungan,sebenarnya penggunaan dalil atau hadis itu bukan untuk memberi kesedaran kepada yang dituju sebaliknya melambangkan riaknya anda. Kerana manakan berkesan teori yang tidak disertai dengan praktikal?

Dalam situsi tertentu pula,kita berpeluang memyaksikan peperiksaan yang sedang dihadapi oleh orang lain. Saat itu ada dua peluang yang berada di depan kita & secara automatiknya kita juga diberi peperiksaan ringan hasil tempias peperiksaan orang lain. Perasankah anda saat itu? Peluang pertama ialah anda meletakkan diri anda ditempatnya seterusnya merasai suka dukanya serta mengambil ikhtibar dari peperiksaannya itu. Peluang kedua pula ialah anda berperanan membantunya tetapi pastikan bantuan anda tidak 'berbau' mengambil kesempatan. Andai terjadi demikian,andalah orang yang gagal dalam peperiksaan orang lain...

Setakat ini yang dapat saya kongsikan bersama erti peperiksaan. Apa pun dan siapa pun diri kita,pastikan kita sentiasa bersedia..apa jua ilmu yang kita terima setiap detik,pastikan dimanafaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi dikongsikan bersama terutama pada yang sudi. Jangan lupa ilmu yang dianugerahkan ALLAH bukan sekadar untuk ditayangkan dengan segulung ijazah atau dilafazkan dengan kata-kata tapi sebaiknya menjadikan diri kita sendiri 'role model'untuk membimbing secara lebih terbuka serta bercampur dengan semua golongan kerana kita takkan dapat membantu seseorang itu sebelum kita sama-sama merasai apa yang dia rasa.

No comments:

Post a Comment