Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Tuesday 9 March 2010

TELAH AKU JELASKAN...AGAR TIADA LAGI...

Telah aku coretkan dari awal,
aku tulis dari apa yang kualami
tapi ada juga yang tidak faham
tidak pula aku memaksa untuk dipercayai
kerana itu yang aku rasa
tapi andai ada yang terasa
jangan pula melatah kepedasan

Telah aku coretkan dari awal
aku tulis situasi aku di sini
tapi ada juga yang terasa diri
tidak pula aku memaksa untuk membacanya
kerana itu yang aku lalui
tapi andai ada yang terbakar
jangan pula emosi berlebihan

Hak menulis adalah hak individu
namun seperkara yang harus dinyatakan
apa yang ditulis adalah dari patah perkataan
yang diolah menjadi bait-bait ayat
serta diedit berulang kali
sebelum dipaparkan untuk bacaan
malah tetap sama susunannya
walau dibaca berulangkali

Hak bercerita juga adalah hak individu
namun seperkara yang harus diingatkan
apa yang dilafaz adalah dari mulut
yang lidahnya tidak bertulang
diucap lancar sesuka hati
tetapi andai diminta diulangi
pasti ada yang tercicir atau ditambah
cerita yang satu jadi seribu

Dalam yang ramai ada yang menyokong
tidak kurang ada yang membangkang
wujud juga yang pihak ketiga
ke kanan tidak, ke kiri pun tidak
seribu satu persepsi jua yang wujud
terpulang pada individu untuk menilai
melalui positif atau negatif

Walau apa pun nak digambarkan
yang pastinya bukan mewujudkan pepecahan
kerana perpecahan telah sedia wujud sebelumnya
yang pastinya bukan hendak menindas
kerana penindasan telah berlaku sebelumnya
sekadar ingin membantu pada yang lemah
yang sebelum ini tiada dayanya
sekadar ingin membantu pada yang tertekan
yang sebelum ini hanya berteman airmata

Bersama seribu satu harapan semangat juang
ingin aku mengurai segala sengketa
ingin aku cantas hingga ke akar umbi
agar tiada lagi mangsa tertekan
agar tiada lagi mangsa tersisih
agar tiada lagi mangsa tertindas
agar tiada lagi mangsa dipulaukan
agar tiada lagi mangsa diaibkan
agar tiada lagi mangsa dimaki hamun
agar tiada lagi mangsa kesempatan
agar tiada lagi mangsa hilang kuasa

Buat penutup pengakhir bicara
aku hanya insan biasa
yang pastinya tidak akan lari dari
melakukan kesilapan,melakukan kesalahan
namun apa yang ingin aku perjuangkan
adalah yang nyata,apa yang aku alami
bagi yang bersalah sedarlah diri
bahasa yang kasar jangan diucapkan
bermaki hamun jangan diamalkan
nama Allah jangan dipersendakan
jangan hanya kerana nila setitik
rosak pula susu sebelanga

No comments:

Post a Comment