Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Friday 5 March 2010

....KISAH MALAM ITU....


Ramainya yang meminta saya menceritakan kejadian hari itu.. Mulanya agak malas juga nak imbas kemabali kisah malam itu tetapi memikirkan apa salahnya saya merakamkan memori itu untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi semangat kepada saya. Ribuan maaf kerana agak lambat bercerita atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada malam kejadian,semua ahli akhwat dijemput hadir atas tujuan "liqo' akhwat". Sepanjang pengalaman saya liqo' adalah situasi di mana ahli liqo menyuarakan pendapat,teguran,ketidakpuasan hati dan akhirnya semua pihak berbincang menyelesaikan masalah sebaik-baiknya. Pada malam kejadian,adalah juga beberapa ahli yang meluahkan isi hati tetapi yang banyaknya ahli yang bagi ceramah malah ada juga yang mengambil kesempatan mengumumkan pelbagai iklan. Nampak seolah-olah sebelum ini tidak berkesempatan atau tidak diadakan program ceramah. Jadi macam malam itu medan ahli menyerlahkan bakat sebagai penceramah. Mmm...ramai juga yang berbakat tapi malangnya kenapalah pihak pimpinan akhwat tidak ambil berat. Pernah juga ditanya kenapa tidak ditubuhkan kelab? Yang saya dengar pimpinan akhwat kata tidak dapat sambutan dari ahli...agak pelik juga kan? Jika tidak ada sambutan kenapa malam itu berlumba-lumba ahli serta barisan pimpinan sendiri pun tunjuk bakat..??

Memang agak sukar untuk meminta ahli meluahkan isi hati. Kurang pasti adakah memang tidak ada yang ingin diluahkan atau ahli rasa takut untuk meluahkan atau ahli rasa tidak perlu diluahkan kerana tidak akan ada penyelesaian atau ahli memang jenis pemdamkan sendiri. Tiba-tiba A menghalakan mikrophone ke arah saya sambil berkata "Ma nak cakap ke? Cakaplah..A tak ada masa nak baca dalam blog...". Ditegur oleh seorang ahli "kejap ye,mari kita istigfar banyak-banyak,niat kita untuk selesaikan masalah,harap jaga emosi" Kemudian ada ahli lain pula kata "janganlah paksa-paksa orang cakap". Tanpa disangka A terus naik angin sambil berkata "Kamu senyap! Ini bukan urusan kamu,ini urusan kami..." Suasana sunyi sepi seketika..tak pasti kenapa dan anehnya di manakah barisan pimpinan?? Tergamamkah? Takutkah? ...

Kemudian beberapa ahli bercakap meredakan suasana dengan pengumuman iklan dan ceramah. Setelah itu saya pun bercakap. Antara lain,saya meminta agar diri saya ditegur secara berdepan bukan kata mengata di belakang tetapi teguran itu biarlah berhemah kerana majoriti ahli adalah golongan terpelajar. Ini adalah kerana banyaknya cerita di belakang takbir yang saya rasa perlu diselesaikan atau dijelaskan supaya tidak timbul sebarang fitnah serta prasangka buruk.

Seterusnya tibalah giliran A bercakap. Untuk menulis kembali kata-katanya di sini amatlah berat bagi saya tapi kepada sahabat semua ingin saya nyatakan.. sedikitpun saya tidak terasa andai kata-kata biadapnya terhadap diri saya sahaja kerana bagi saya kata-katanya selain dihasut iblis,dia ibarat orang mabuk yang merapu sendiri dengan bahasanya yang kesat. Saya berterima kasihlah kepada A kerana mempromosikan blog saya kepada ahli-ahli yang lain. Jika sahabat-sahabat baca tajuk 'cerita panas & melecur',saya hanya menyebut di akhir karya cerita saya bukannya di akhir cerita A & N iaitu 'Tiket Free Ehtehad Rn4000'. Saya tak sangka A dengan bangganya memberitahu yang dia naik Emerate bukannya Ehtehad padahal Ehtehad hanya gurauan saya untuk sahabat saya yang waktu itu juga sedang sakit dan hendak balik Malaysia. Betapa bodoh juga si A kerana memberitahu dia naik Emerate iaitu tiket yang paling mahal sekali..patutlah ye beriya-iya sangat A & N waktu itu..kerana nak naik Emerate rupanya...

Menghina serta menyumpah orang dengan menggunakan nama Allah adalah antara kata-kata A. Budak belajar 'ADAB' ni masih kurang beradap rupanya. Tetapi yang membuatkan saya benar-benar terkilan adalah apabila A berkata dengan lantangnya "dia adalah isteri yang menciptakan taman-taman di neraka untuk suaminya..." Namun Allah masih memberikan kesabaran kepada saya untuk menjaga maruah diri saya dengan senyum dan mendiamkan diri mendengar kata-katanya. Antara kata-kata lain yang menjadi tanda tanya ialah " A telah difitnah..jangan ingat A diam,AMT diam..". Persoalan di sini andai benar A difitnah,kenapa tidak jelaskan kedudukan sebenarnya? Kenapa A menyebut AMT? Adakah AMT terlibat atau A itu antara AMT ke?

Di akhir program, N datang berjumpa saya untuk meminta maaf..waktu itulah airmata saya mengalir kerana N lah punca sengketa bermula tetapi hanya mendiamkan diri dan tidak mahu menjernihkan suasana. Malah N memohon maaf bagi pihak A setelah saya bertanya "kenapa kalian buat akak begini? Kenapa caci maki yang akak terima malah melibatkan keluarga akak pula?". Saya tidak sangka airmata saya malam itu menimbulkan pelbagai spekulasi negatif kononnya saya tidak berani melawan A dan sebagainya..

Buat sahabat tersayang, diulangi semula, apa jua yang saya tulis dalam blog ini adalah antara pengalaman saya sepanjang berada di bumi anbiya' ini. Ingin saya rakamkan memori pahit manis buat pedoman keinsafan saya sendiri. Tiada paksaan untuk membaca serta mempercayai apa jua yang berlaku,saya yang mengalaminya dan saya tulis bagi pihak saya sendiri. Kepada yang berada dalam program malam itu, kalian sendiri menyaksikan serta mendengar setiap apa yang berlaku. Kalian nilailah sendiri..semoga kita sama-sama mendapat ikhtibar dari kejadian tersebut.....

No comments:

Post a Comment