Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Monday 1 March 2010

...ANDAI BERGOYANG KAKI...

Andai bergoyang kaki...
bernikah jua di usia muda
memikul anugerah amanah
mempastikan zuriat terdidik
hubungan dengan Allah
hubungan dengan manusia
tabah dengan ujian

tidak seperti...

Andai bergoyang kaki...
bernikah jua di usia muda
melepak di rumah menanti suapan
zuriat dididik rasa tidak menentu
mengherdik orang ,melatah sendiri
padahal mengata ibu sendiri

Andai bergoyang kaki...
berkhidmat mengiringi keringat baginda
meski tahta berganti paduka
namun ikhtiar terus berpanjangan
kerana ikhlas kurniaan Ilahi

tidak seperti...

Andai bergoyang kaki...
tidak pasti di mana kurang
pabila baginda mencari singgahsana
dalam paksaan,merobek sekeping hati
sehingga kini parut berdarah pilu

Andai bergoyang kaki...
dengan apalah dialas perut
ditanggung siapalah fitrah hidup
amanah tetap didaulati
selagi hayat dikandung badan

tidak seperti...

Andai bergoyang kaki...
tunggu saja habuan melimpah
jika tidak cukup,dikerah orang ketiga
lantang mulut berlagak berada
dilayang-layang rezeki dipaksa
sampai bila...sampai bila?

No comments:

Post a Comment