Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Monday 31 May 2010

Pautan Kasih Sang Sahabat...


Malam itu bermulanya kisah hitam
mereka hadir ke teratakku
dengan penuh kemesraan
dengan penuh pujuk rayu
aku benar-benar teruja
tanpa curiga malahan keliru

Panggilan telefon berbicara emosi
kusambut mesra penuh tanda tanya
adakah benar bicara yang kudengari
kelembutanku adalah kelemahan
yang aku boleh diperbodohkan?
keikhlasanku adalah kesempatan
yang aku boleh dipergunakan?

Dalam dilema penuh tanda tanya
aku disimbahi rayuan dan harapan
hendak ditolak, tidak sampai hati
hendak diterima, beratnya bebanan
apa daya aku cuma insan biasa
akhirnya aku terima penuh keikhlasan
sambil aku lihat wajah-wajah tercinta
yang pastinya turut sama berkorban untukku

Sejak dari itu, kunjungan demi kunjungan
bertamu tanpa mengira kesempatan
setiap ruang terluang silih berganti
sehingga merebut masa keluargaku
kerana semangat hati yang membara
ingin berbakti membawa perpaduan
ingin berbakti membawa kelebihan
semoga yang kurang dapat ditampung
semoga yang sedia ada dapat diiktiraf

Masa silih berganti, beredar tanpa belas
aku semakin keliru akan tugasku
aku semakin keliru akan arahanku
aku semakin keliru akan usahaku
apa yang kusuruh, dipandang sepi
apa yang kurancang, penuh bangkangan
apa yang kuhasilkan, diperlekehkan sahaja
diriku umpama boneka, sekadar wujud
mendengar setiap rancangan
melihat setiap olahan
mengiakan setiap keputusan
segalanya seolah telah diatur
dalam sedar atau tidak
aku semakin lama semakin terpinggir

Aku terus menjadi mangsa keadaan
menggugat rumahtangga yang harmoni
membuatkan kekasih hati menjadi remuk
menyebabkan buah hati tersayang rasa terpinggir
namun prasangka buruk kubuang jauh
walau kumulai menyedari
hilangnya mereka yang sering bertamu
ghaibnya mereka yang memujuk rayu
lenyapnya mereka yang membawa khabar

Hinggalah ke saat akhir
kulayangkan kembali amanah diberi
dengan seribu satu kesalan tiada noktahnya
kerana terbongkarnya rahsia yang diatur
angkara mereka yang kupercayai
pujuk rayu kalian ibarat syaitan
bicara manis kalian ibarat iblis
makan minum kalian ibarat najis
bertopengkan watak penuh keimanan

Kini sudah dapat kubezakan
nilai keikhlasan atau lakonan
yang mana sahabat, yang mana musuh
sumpahan serta laknat Allah
mengiringi langkah kalian
bersama doa keramat mangsa teraniaya
walau kini aku nampak sepi
tapi bahgianya nikmat ketenangan
dengan deraian airmata tanda kesyukuran
kepulanganku disambut kembali
kepangkuan keluarga tercinta
hanya ini nilai kasih yang abadi

No comments:

Post a Comment