Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Saturday 25 September 2010

SI GEDIK JEPUN & SI LAGAK KACAK

Bermula citra di daerah gersang
si gedik jepun dalam pelayaran
satu jangkaan masa mencari ruang
untuk berhibur bersama sasaran

Puas dicuba pelbagai helah
muka tidak malu tunjuk rajuk
bagai diri tiada maruah
mencari mangsa ikut telunjuk

Akhirnya rahsia terbongkar sudah
mula lahirnya seribu helah
tapi sayang tersilap langkah
ditambah hadirnya orang tengah

Bidalan orang tua ada benarnya
tinggi ilmu belum tentu tinggi akalnya
disogok dengan tinggi nafsunya
dipagari pula ramai sifunya

Semerdu suara selembut bicara
tunduk ke bumi sopan dilihat
sedang girang tidak terkira
diliputi salju hilangnya ikhtilat

Rengek si gedik jepun mendayu-dayu
berbalas bicara si lagak kacak
seloka ria berbahasa ayu
mengata orang berirama lawak

Lain yang dijemput lain pula yang datang
bicara keramat tetap tersemat
maruah kutebus masa mendatang
sesedap mulut dosa terpahat

Bukan sokongan ingin diraih
rasa hormat azimat hidup
dunia berputar masa beralih
adengan itu tak mungkin ditutup

Si gedik jepun puas bercanda
si lagak kacak taat menurut
sehingga lupa usiamu yang muda
masa emasku jangan usah diragut