Selagi Nadiku Berdenyut

Dalam kerendahan diri,ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup,ada keluasan ilmu maka dalam nikmat anugerah yang diraih,pastikan ada keinsafan hakiki...

Wednesday 27 January 2010

Geramnya...

Saya sekeluarga bercadang hendak ke Syria pada cuti semester fasal awal untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran markaz lughah di sana. Berikutan beberapa informasi dari beberapa sahabat yang mengatakan sistem pembelajaran markaz lughah di sana agak lebih sistematik Dalam pada itu saya serta suami berhasrat untuk menghantar anak-anak belajar disana.

Cadangan asal untuk ke sana adalah pada hari Isnin 25 Jan 2010 tetapi dalam pada itu kami mendapat tahu ada rombongan rehlah pelajar akhwat juga hendak ke Syria pada hari Ahad 24 Jan 2010. Justeru kami mengambil keputusan untuk menumpang rombongan itu memandangkan ada kekosongan tempat, Diharap juga dapat menjimatkan kos berbanding jika pergi sendiri.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi,kami bersama rombongan bertolak dan sampai di Hudud untuk urusan imigresen. Malangnya timbul sedikit masalah iaitu terdapat pelajar yang telah tamat iqomah serta ada yang belum siap iqamahnya. Dengan itu mereka dikenakan denda. Keadaan agak tegang juga kerana jumlah denda mencecah 800JD. Terkandas di situ pun sehingga pukul 2.00 petang.

Ini juga satu pengajaran kepada pelajar supaya memastikan pengesahan indentiti diri dikemaskini sebelum memmasuki atau keluar dari sesebuah negara. Bagi pihak pengurusan sesebuah program lawatan yang melibatkan keluar negara,pastikan membuat serta mendapatkan maklumat yang tepat terutama sekali bersangkutann undang-undang sesebuah negara. Jangan 'tangkap muat' sahaja seolah-olah asalkan ada pendaftaran,asalkan program terlaksana atau asalkan hajat dapat berjalan tertunai tanpa memikirkan kesannya pada orang lain.

Kami agak terkilan juga kerana pihak pengurusan tidak sudi memberi risalah tentatif program kepada kami. Seolah-olah kehadiran kami untuk menumpang diterima dengan rasa berat hati. Rasa tak dihormati langsung padahal presiden yang menumpang. Sewaktu maghrib iaitu lebih kurang pukul 5.00 petang,kami dijemput makan petang bersama mereka. Tanpa rasa syak wasangka kami menerima pelawaan itu.

Sampai di kota Damsyik lebih kurang pukul 9.30 malam dan terus ke hotel. Selesai membuat bayaran hotel,kami sekeluarga keluar makan malam.Pada keesokkannya kami sekeluarga keluar sendiri berbalik tujuan asal kami ke sana. Ribuan terima kasih kepada Persatuan Pelajar Malaysia Syria serta sahabat-sahabat di sana kerana sudi membantu kami. Banyak pusat bahasa serta maahad yang dapat kami lawati serta maklumat yang ingin kami ketahui juga amat memuaskan walaupun dalam jangka masa yang amat singkat. Pada sebelah malamnya kami mendapat jemputan dari Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria untuk menghadiri perjumpaan perkenalan dengan ahli pimpinan persatuan di sana. Pertemuan singkat yang begitu mesra.

Pagi hari Selasa kami menerima msj dari pihak pengurusan yang meminta kami membayar tambang satu perjalanan sebanyak 12JD seorang. Kami benar-benar terkejut kerana jika mengikuti program penuh bayaran hanya 50JD seorang. Jika kami bayar tambang pergi balik sudah 24JD seorang, tambah sewa hotel 20JD seorang,jumlah sudah 44JD dan baki cuma 6JD sahaja untuk makan dan jalan-jalan. Jika begitu lebih baik kami ikut pakej penuh. Padahal kami cuma tumpang bas sahaja. Kami tak ikut langsung program hari kedua dan ketiga dan kami tak ambil makanan. Kami makan cuma sewaktu diajak makan semasa perjalanan datang dan kami tak sangka itu dikenakan bayaran kerana makanan yang berlebihan masih banyak. Untuk tidak menimbulkan yang tak baik,kami bayar tambang datang dan kami pulang sendiri dengan teksi yang jauh lebih murah dan cepat.

Sekadar buat pengajaran semua, berhati-hatilah apabila hendak menumpang orang walau siapa pun anda kerana sesiapa pun boleh mengena serta mengambil kesempatan ke atas anda. Lebih menyakitkan hati apabila yang membuat tindakan begitu adalah dikalangan orang yang dikenali..

Saturday 23 January 2010

Bergandingan Ke Syurga

Sekalung apresiasi saya hulurkan kepada jawatankuasa program kempen "Bi'ah Solehah" yang bertungkus lumus menjayakan kempen ini yang begitu diwara-warakan bukan sahaja melalui edaran risalah malah melalui media elektronik jua. Seiring arena globalisasi ini telah memudahkan kita berkongsi serta membudayakan ilmu pengetahuan selaras dengan misi PRISMA sessi ini iaitu MELAHIRKAN MAHASISWA ISLAM YANG BERKUALITI,BERKETRAMPILAN DAN PROAKTIF BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.

Bertemakan "Bergandingan Ke Syurga" membawa kita ke satu matlamat nilai murni integriti sebagai asas jati diri bertunjangkan bait-bait ilmu yang diterokai selama ini. Tanpa berlengah,mari kita selami bersama bibit-bibit perjuangan metafora jawatankuasa program melalui tiga trend utama yang diterima sebagai paradigma yang universil. Pertama bermula dengan 'jom solat berjemaah", kedua pula diikuti dengan "jom semai ukhwah" manakala ketiga "jom jaga ikhtilat'.

Kempen yang dikhususkan kepada mahasiswa dan mahasiswi pengajian agama ini seharusnya amatlah tipis kenegatifan penerimaannya. Melaksanakannya pun seharusnya bertunjangkan ilmu yang sudah dimiliki. Lantaran menyedari hakikat inilah anda tepuk dada tanyalah diri samada adakah ilmu itu telah diaplikasi selaras dengan apa yang dipelajari? Atau anda hanya kaya dengan ilmu tetapi kontang dengan pengisian jiwa dan pembangunan minda?

Menjayakan program yang mencerminkan sahsiah diri seharusnya disahut dengan laungan keramat "jom" yang berakar umbikan toleransi bermula dari diri individu itu sendiri. Solat berjemaah sewajarnya dipraktikkan selalu biarpun dimana dan walau siapapun bersama kita. Susulan dari itu sentiasalah mencari ruang masa serta ajaklah mereka-mereka yang selama ini kita sendiri tidak pernah berjemaah dengannya. Ganjaran pahala berjemaah itu dengan sendirinya melahirkan keinsafan diri dan di saat kita bersalaman,satu-satunya lakaran bahawa kita hidup dalam kepelbagaian darjat,status serta usia tetapi tetap sama di sisi Allah.

Disulami pelawaan eratkan ukhwah bukan sahaja kepada sahabat sebilik,serumah atau seasrama malah seharusnya lawaan ukhwah melebarkan sayapnya kepada mereka-mereka yang selama ini tidak pernah disapa. Bait-bait pelawaan seperti "jom ke masjid","jom ke rumah","jom makan bersama","jom main bola","jom saling mengziarah" dan sebagainya adalah antara refleksi jalinan ukhwah yang seharusnya disulami kemesraan dan keikhlasan. Keluarlah dari kepompong kumpulan anda sahaja.Satu-satunya azimat kecemerlangan diri adalah apabila anda relevan dalam berukhwah dengan sesiapa pun.

Mengimbangi kemajuan duniawi dalam bentuk kekayaan material yang dimiliki haruslah berpasakkan ketinggian akal fikiran manusia yang dianugerahkan Allah. Pengamalan moral bercirikan Islam selaras dengan kemajuan haruslah fleksibel. Sikap membezakan sahabat haruslah dikikis demi menjalin kerukunan malah kesepaduan hati dengan bermusyawarah amatlah dituntut. Dalam konteks pergaulan antara bukan muhrim pula sebenarnya mempunyai beberapa garis panduan bersesuaian dengan keperluan dan suasana semasa.

"Bi'ah solehah" yang merangkumi pelbagai sudut jangkauannya adalah kempen tiada batas masa. Konklusinya tidak ada pretensi tetap untuknya kerana landasan suasana hidup individu itu sendiri akan berubah seiring usia dan tempat. Yang nyata ilmu wahyu yang dipelajari haruslah dimanafaatkan sebaiknya dengan integriti. Semoga kempen ini tidak dipandang sepi begitu saja atau sekadar imaginasi jawatankuasa program sebaliknya mulai hari ini kita dengan penuh inisiatif baiki diri kita sesuai dengan persekitaran islamik yang progresif.

Puisi Berlagu Pilu..

Dedikasi ini adalah inspirasi penjelmaan sekeping cetusan hati seorang insan yang diluahkan pada saya. Lantas saya jadikan madah berseni yang diadun bergelar puisi. Mari kita telusi bersama..

Dalam meniti langkah usia seterusnya,
aku masih bertemankan air mata,
yang ku kira semakin surut alirannya,
sebaliknya semakin deras bertali arus
malah hebatnya disulami petir.

Meskipun hatiku redha dengan apa yang berlaku,
doa dipohon ketabahan digali,
setiap esakan dipujuk sendiri,
mengharap sinar tetap bersemi,
namun pahitnya terus ditelan,
disulami luka jelas berparut,
takkan hilang ditelan usia.

Kasih yang dicari,sudah kutemui,
tanggungjawab bersama,rela kupikul
segala kata nesta,kutelan jua,
tetapi kenapa aku makin sepi,
walau senyuman terukir dibibir,
namun bahagia yang hakiki belum kutemui.

Aku akur andai aku yang bersalah,
aku junjung segala dosa tercipta,
aku pasrah pabila hati terhiris,
tetapi aku sudah tidak punya daya,
untuk teruskan ikatan suci ini,
meskipun berpisah denganmu,
ibarat melapah hati sendiri.

Jika ditanya nilai kasihku padamu,
catulah segala pengorbananku,
jika ditanya harga kasihku padamu,
tetap utuh sebagaimana saat kita bersatu.
dan jika ditanya bila saat aku kan kembali padamu,
sesungguhnya jawapannya ada padamu.

Panggilan sayangmu laungan syahdu
sentuhan kasihmu jeritan kalbu,
potret wajahmu pengubat rindu,
berjauhan denganmu membelah sendu,
takkala tengkingan marahmu merobek sanubariku,
namun kasih yang tercipta padu buatmu.

Undurku bukan kerana benci,
tetapi demi membuktikan yang nyata,
hilangnya aku bukan mencari ganti,
tetapi memberikanmu ruang mengenal diri,
andai ikatan ini tetap milik kita,
kita pasti akan bersatu kembali,
tetap kuteguk pahitnya perpisahan,
berazimatkan memori indah bersamamu.

Monday 18 January 2010

"Mengurai Kata,Mengikat Makna"


Detik bersejarah bagi sesi pentadbiran PRISMA 2009/2010 apabila pada jam 4 petang 16/1/2010 berlangsungnya majlis penyerahan MEMORANDUM BINGKISAN HATI AHLI PRISMA yang bertemakan "Mengurai Kata,Mengikat Makna".MEMORANDUM disampaikan oleh wakil ahli iaitu Ahnaf Hilmi kepada Presiden PRISMA.Semoga segala yang tersirat akan terlerai dengan penuh kemesraan dalam kesefahaman...

Cahayamata Malaysia+Mafraq.

Tanggal 14-01-2010 kira-kira pukul 11 pagi ketika saya dan suami berada di Wizarah Dakhiliyah untuk urusan iqamah,kami menerima panggilan telefon dari Nazuan yang mengatakan bahawa sahabat kami Inas,isteri kepada Fazrullail telah selamat melahirkan cahayamata sulungnya pada pukul 0045 pagi. Setelah selesai urusan,kami pun terus ke Hospital Isra' Amman. Kebetulan Inas dan cahayamatanya telah dibenarkan pulang. Saya dan suami mengiringi kepulangan mereka. Bersama-sama ini saya kongsikan bersama gambar kenangan puteri sulung pasangan Inas dan Fazrullail yang bernama Raniya binti Mohd Fazrullail.

Thursday 14 January 2010

Kawan..Teman..Sahabat

Saya adalah antara kalangan yang suka berkawan,berteman atau bersahabat. Tiga perkataan yang berlainan bunyi tetapi hampir mempunyai maksud yang sama bergantung kepada pemahaman individu itu sendiri. Bersahabat dengan sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan ataupun campuran keduanya. Bersahabat dengan mereka yang dari pelbagai agama,bangsa,darjat,keturunan dapat menjadikan kita lebih bersifat 'terbuka'. 'Terbuka' bukan bermakna kita mudah terpengaruh dengan mereka tetapi ianya akan memudahkan kita memahami serta difahami.Memang agak luas simboliknya tetapi terimalah sesiapa saja yang hendak bersahabat dengan kita secara positif walaupun nyatanya yang datang itu mungkin dari kalangan negatif.

Sedikit yang saya ingin kongsikan bersama,cerita mengenai kisah hidup saya berkisarkan topik bersahabat. Saya dilahirkan di Perak. Dari kecil lagi sudah bersekolah dan berjiran dengan rakan-rakan yang berbangsa india dan cina. Selepas peperiksaan SPM,saya bersahabat dengan seorang gadis cina yang hidupnya terlalu sosial tetapi Alhamdulillah akhirnya dia jatuh hati dengan pemuda Islam. Sejak itu dia mula berubah dan semakin mendekati Islam. Kami terputus hubungan kerana saya berpindah ke Selangor tetapi saya masih berharap semoga suatu hari nanti dapat berjumpa semula dengannya.

Di Selangor saya semakin ramai sahabat tidak mengira usia,bangsa,agama serta kedudukan. Malah saya mempunyai 'team' saya sendiri yang terdiri dari ustazah,guru,surirumah serta yang bekerja bidang profesional. Itu "team" sayap kanan..team sayap kiri pula majoriti lelaki pula. Team kami bersifat 'terbuka'..dengan satu kata sepakat..'walau siapa pun anda,kami terima seadanya..'

Bagi saya selain dari tanggungjawab terhadap keluarga,setiap dari kita harus bertanggungjawab terhadap sesama manusia. Selagi tidak membatasi hukum, bersahabatlah dan saling membantulah antara kita. Bersahabat dengan mereka yang jahil tentang agama tanpa memandang rendah kepadanya,pastinya sedikit sebanyak akan membuatkan mereka tersentuh hati. Nasihatilah mereka dengan selembut-lembut nasihat serta penuh hikmah. Bukan sekadar nasihat tapi jadikanlah diri kita contoh terbaik buat mereka.

Bersahabat pula dengan mereka yang bukan beragama Islam, lain pula caranya. Hormatilah agama mereka di samping itu kita harus menunjukkan akhlak Islam yang sebenarnya. Walau tak dapat menarik mereka untuk memeluk agama Islam,paling tidak pun dapat memperlihatkan keindahan Islam di mata mereka. Justeru itu baikilah akhlak kita sesempuna acuan akhlak Islam yang sebenarnya untuk mengembalikan keindahan Islam.

Penuhilah diri kita dengan rasa tanggungjawab apabila bersahabat dengan mereka yang baru mendapat hidayah Islam. Jangan sesekali memperlekehkan mereka dengan menyebut-nyebut kisah silam mereka kerana mereka agak mudah terasa lebih-lebih lagi apabila timbulnya kerinduan terhadap keluarga mereka. Nasihatilah dengan lembut disertai dengan kata-kata semangat apabila mereka sesekali teringat akan agama lama mereka. Ingatlah.. bahawa kita yang memang dilahirkan Islam pun tidak terlepas dari kesilapan apatah lagi mereka..malah mereka lebih suci dari kita..

Memelihara sesebuah persahabatan juga adalah bergantung kepada inisiatif individu itu sendiri. Kejujuran serta keikhlasan membantu sahabatnya walau dalam apa jua keadaan amatlah penting. Bak kata pepatah 'buat baik berpada,buat jahat jangan sekali'. Hati manusia,siapalah tau..'ibarat sekali air bah,pantai pun turut berubah'. Persahabatan juga mampu dijadikan kayu pengukur kredibiliti seseorang individu. Ianya juga dapat menguji tahap kesabaran serta keupayaan seseorang itu menangani sesuatu permasalahan.

Pelbagai persepsi yang timbul dari ertikata sebuah persahabatn namun hadapilah dengan rasa fleksibel. Sentiasa memantapkan diri kita dengan keimanan supaya kita berupaya membawa serta membimbing diri kita juga sahabat kita ke jalan yang diredhai.Dan andai kita bertemu dengan sahabat yang mempunyai kelebihan,jangan segan silu serta rendah diri untuk belajar dengannya. Hargailah nilai sebuah persahabatan dengan penuh keinsafan serta saling berkongsi-kongsi ilmu dengan cara yang lebih bermanafaat kerana ilmu Allah terlalu luas jangkauannya..

Tuesday 12 January 2010

Peperiksaan Oh Peperiksaan

Musim peperiksaan sedang melanda pelajar-pelajar di sini. Masing-masing tekun mengulangkaji dengan cara dan gaya yang tersendiri. Jika ditinjau laman YM,pelbagai status bayangan peperiksaan. Tetapi yang 'relax sempoi' pun ada juga.

Sekadar memenuhi halwa mata setelah letih membaca.apa kata kita renung sejenak erti peperiksaan. Adakah hanya untuk menentukan kepandaian atau kebolehan seseorang semata-mata? Jika dikaji hanya kerana adanya peperiksaa,barulah kita hendak bersedia,barulah sibuk bertanya apa yang kurang faham,menghafal dengan pelbagai kaedah. Bayangkan jika kita belajar tetapi tidak ada peperiksaan...

Peperikksaan itu sendiri sebenarnya membawa seribu erti kepada yang ingin menilainya. Kita akan bersedia dan berusaha untuk peperiksaan yang sudah sedia kita ketahui jadualnya. Adakah kita juga bersedia dan berusaha untuk peperiksaan yang belum kita ketahui jadualnya, Peperisaan tidak berjadual yang harus kita hadapi ialah peperiksaan dari ALLAH,yang sentiasa hadir dalam keadaan kita bersedia atau tidak..

Andai di saat kita sedang menghadapi peperiksaa,kita mengharapkan ada yang membamtu kita,kita akan mencari,membaca serta menghafal apa jua bahan-bahan yang dapat digunakan semasa peperiksaan dengan satu hasrat supaya kita berjaya. Kenapa sewaktu peperiksaan ALLAH, tidak pula kita membuat perkara yang sama?

Kenapa tidak kita sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan ALLAH? Kenapa tidak ilmu yang kita perolehi samada ilmu dari bahan bacaan,ilmu dari pengalaman,ilmu dari kawan-kawan malah ilmu dari setiap pancaindera kita juga boleh dipraktikkan sebagai persediaan. Justeru itu,khusus kepada pelajar-pelajar agama,ingatlah bahawa anda antara sedar atau tidak adalah antara yang bertuah kerana sentiasa berada dalam 'lingkungan ilmu'.

Serta ingatlah jangan kerana anda tergolong pelajar agama,anda memandang rendah kepada golongan yang lain. Jangan sesekali juga anda menafikan fenomena yang sedang berlaku di tempat kita iaitu golongan terpilih seperti anda memandang rendah serta menghina golongan lain. Jangan sebarangan menggunakan mana-mana dalil atau hadis kerana silap perhitungan,sebenarnya penggunaan dalil atau hadis itu bukan untuk memberi kesedaran kepada yang dituju sebaliknya melambangkan riaknya anda. Kerana manakan berkesan teori yang tidak disertai dengan praktikal?

Dalam situsi tertentu pula,kita berpeluang memyaksikan peperiksaan yang sedang dihadapi oleh orang lain. Saat itu ada dua peluang yang berada di depan kita & secara automatiknya kita juga diberi peperiksaan ringan hasil tempias peperiksaan orang lain. Perasankah anda saat itu? Peluang pertama ialah anda meletakkan diri anda ditempatnya seterusnya merasai suka dukanya serta mengambil ikhtibar dari peperiksaannya itu. Peluang kedua pula ialah anda berperanan membantunya tetapi pastikan bantuan anda tidak 'berbau' mengambil kesempatan. Andai terjadi demikian,andalah orang yang gagal dalam peperiksaan orang lain...

Setakat ini yang dapat saya kongsikan bersama erti peperiksaan. Apa pun dan siapa pun diri kita,pastikan kita sentiasa bersedia..apa jua ilmu yang kita terima setiap detik,pastikan dimanafaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi dikongsikan bersama terutama pada yang sudi. Jangan lupa ilmu yang dianugerahkan ALLAH bukan sekadar untuk ditayangkan dengan segulung ijazah atau dilafazkan dengan kata-kata tapi sebaiknya menjadikan diri kita sendiri 'role model'untuk membimbing secara lebih terbuka serta bercampur dengan semua golongan kerana kita takkan dapat membantu seseorang itu sebelum kita sama-sama merasai apa yang dia rasa.

Sunday 10 January 2010

Bertandang di rumah Ust Osman

Tanggal 7hb Jan 2010,saya,suami & beberapa orang rakan telah ke Mu'tah untuk menziarahi Ust Osman Hamzah & isterinya yang lebih mesra dikenali dengan panggilan ibu. Hajat yang telah lama terpendam untuk bertemu dengan pakar perubatan Islam berkaitan makhlus halus akhirnya tercapai juga..

Siapa sangka seorang ustaz ternama yang tinggi ilmunya adalah seorang yang begitu tawadhuk. Begitu juga ibu,peramah & periang orangnya. Ust Osman,walaupun telah hampir kehabisan suara & agak keletihan kerana baru saja pulang dari talaqi Quran di Mesir tetapi rancak berbual & tak lokek berkongsi ilmu & pengalaman serta memberi nasihat. Berbual-bual dengan mereka suami isteri bagaikan telah kenal lama,begitu mesra sehingga kami tidak sedar hari sudah menjelang lewat malam,

Sepanjang perjalanan pulang,kami tak habis-habis memperkatakn mengenai peribadi Ust Osman & ibu yang pada mulanya kami sangkakan mereka begitu 'skema'. Dari mula masuk pintu rumah mereka,kami disambut mesra sehinggakn kami terasa ingin datang lagi dalam waktu terdekat ini. Ambillah ikhtibar yang beradab sopan biarlah pada tempatnya..jangan terlalu 'skema' tak bertempat sehingga membuatkan sahabat-sahabat merasa skeptikal dan kurang selesa. Ada individu tertentu yang merasakan mereka itu dah terlalu baik,pandai,ter'over' sopan sehingga memandang rendah kepada orang lain. Takkan nak berdepan dengan orang pun sampai nak kena pilih org? Siapa kita untuk membeza-bezakan orang? Kadangkala ada yang kalau boleh tak nak bertembung dengan orang lain sampai sanggup peluk dinding.. Kalau nak jadi katak di bawah tempurung,macammana boleh terlepas ke bumi anbiya' ni??

Cerita Panas & Melecur

Hidup di perantauan memang penuh cabaran..macam-macam dugaan yang ditempuhi. Jangan sangka bercampur dengan pelajar agama tak ada masalah? Ada banyak juga cerita..biarlah bermula dengan kisah yang menjadi penutup tirai tahun 2009.

Antara cerita benar yang 'panas' di tempat saya..lebih panas dari falafil panas. Tapi tak ramai yang tahu kisah selengkapnya.. maklumlah cerita darr mulut ke mulut.. Secara jujurnya saya katakn yang saya juga terlibat dalam cerita ini. jadi apa yg saya ceritakan adalah cerita di pihak saya,situasi sya...ok? Saya pula tidak minta diadili,cukup sekadar untuk penilaian pembaca semua...

Saya amat sedih terkilan kerana apa yang brlaku ini adalah melibatkan pelajar agama..bakal-bakal ustazah yang diamanahkan mendidik anak bangsa tetapi jika perangai ustazah awal-awal dah begini..entahlh.
Saya memang tidak ada hak untuk menghukum sesiapa & saya tak berniat untuk memalukan sesiapa tapi saya punya hak untuk bercerita bagi pihak diri saya sendiri berkisarkan apa yang saya alami..

Rasanya dah agak lama saya mendiamkan diri tapi makin saya biarkan makin menjadi-jadi pula. Semakin rancak mereka mengata-ngata, bertambah kurang ajar,semakin keras kepala,tak boleh jadi ni!!.. Saya mesti buat sesuatu..walaupun tindakan saya ala-ala agresif tapi rasanya rasional.. Orang kata tak kenal maka tak cinta, Kalau tak bagitau kisahnya, mana nak tau cerita..apa lagi??? Bacalah seterusnya...

-18 Disember 2009 :
Lebih kurang pukul 11 pagi, saya ke Sakan(asrama akhwat) untuk melihat keadaan I yg dikatakn dah 4 hari 4 malam tak makan tak minuum seperti yang dmaklumkan kepada keluarganya di Malaysia. Sesampainya di biliknya keadaan I taklah macam 4 hari 4 malam tak makan tak minuum. Tak lama kemudian saya melihat N menyuapkan muffin ke mulut I..cuma sesuap je,yang selebihnya ke mulutnya sendiri..emh..emh..pelik sungguh..macam itu caranya melayan orang sakit? Dengan rasa hairan saya pun pergi pula ke bilik sebelah..

Pukul 12.30 saya masuk semula ke bilik I.. Alahai!!saya lihat A sedang makan roti dengan seleranya di hadapan I yang sedang terbaring. Saya tertanya-tanya dalam hati..'siapa yang sebenarnya yang dah 4 hari 4 malam tak makan tak minum ni???' Saya juga agak terkilan sebab sekian lama saya di situ tak ada seorang anak dara pun yang menghulurkan sekeping biskut kering atau segelas air sejuk kepada saya padahal di atas meja penuh dengan makanan. Selama ini kalau saya ke rumah budak-budak syabab pun,tak pernah tak diberi air minum walau 5 minit saja saya bertamu. Ini dah berjam-jam di sakan akhwat. Saya pun kembali ke bilik sebelah.. tiba-tiba saya lihat J sedang menuang air masak ke gelas, tanpa rasa malu saya meminta sedikit & minum air masak lebihan J. Saya dapat rasakan kehadiran saya tak disukai, tak dialu-alukn..maka saya pun pulang dengan rasa terkilan..


-21 Disember 2009 ;
Lebih kurang pukul 3.30 petang, saya menerima tetamu Dr J,bapa kepada I yang datang dari Malaysia untuk membawa anaknya pulang berubat. Sebaik sahaja selepas makan tenghari,Dr J terima call dari A. Dr J memberitahu yang A sudi membantu Dr J membawa anaknya pulang tetapi A minta dibawa lagi seorang rakannya N untuk menemaninya balik semula ke sini. Bagi saya permintaan itu keterlaluan memandangkan Dr J terpaksa membeli tiket segera(yang pastinya agak mahal). Memandangkan keadaan Dr J yang keletihan..perkara itu dibiarkan dahulu. Dr J minta diri untuk solat & tidur sambil berpesan kepada suami saya untuk mengambil anaknya selepas Isyak.

Selepas Maghrib saya terima call dari A minta saya beritahu Dr J "tak payahlah ambil anaknya,lagipun nak balik Malaysia pun..buat apa nak ubat-ubat kat sini". Saya terlalu terkejut & tidak sangka A boleh berkata begitu. Selepas Isyak,Dr J bertanya "dah ambil ke anak saya". Setelah memberitahu call tadi, saya lihat kehampaan Dr J. Saya & suami berbincang dengan Dr J & kami mendapat kebenarannya untuk berbincang dengan A & N. Saya terus call A untuk minta kerjasama tetapi.... Saya cuba pula call N dengan hasrat yang sama..tetapi masih belum ada jalan penyelesaian yang baik. Yang paling saya tak sangka sebaik selepas A putuskan call sewaktu saya sedang bercakap dengannya,A terus call Dr J sambil mengadu domba....Ya Allah..perempuan jenis apa ni???


-22 Disember 2010 ;
Pagi itu saya terima call dari N yang mengatakn dia serba salah & dia dipaksa oleh A.. Saya berasa marah sangat-sangat dengan perbuatan A. Saya katakan "kenapa tak buat kata sepakat supaya seorang sahaja antara kalian yang menemani I balik. Saya hairan kenapa selama ini A tak pernah hadir program dengan alasan sakit tapi kuat pula nak temankan orang sakit balik? Ramai aje akhwat yang naik kapalterbang seorang diri,tak masalah pun? Jika begini, saya akan adukan kepada ....Kalian nak membantu Dr J atau nak ambil kesempatan? Tanpa disangka N mengatakn yang mereka akan membuat kutipan derma untuk menampung duit tiket. Wah!! semudah itu?? Adakah tindakn A & N diketahui & dipersetujui oleh pimpinan AMT akhwat???? Kenapa AMT akhwat diamkn saja atau mungkin mereka juga bersubahat???


-23 disember 2009 ;
Untuk mkluman semua A boleh dikatakan anak saudara saya. Dia memanggil saya 'ma'. Ikuti msj berikutnya...

Pukul 01.57 Msj dari hp A ke saya****Slm..sblum A brankat,A tau klu A tpn ma xankat..sbb ma tu PENAKUT..org BUAT DOSA cm 2 la..A nk ma ingt,KERANA MULUT BADAN BINASA..terlepas didunia,tp bkn di akhirat..

Pukul 02.20 Msj dari hp saya ke N**** A kta sya pnakut tp sbnrnya yg pnakut ialh org yg nme N ppuan yg xde maruah ambl ksmptan ats mslh org len,mbwa mulut smpai myampai cte.

Pukul 02.36 Msj dari hp N ke saya****A ni..np tkut org smpaikn cte?ma tu pnakut!klu ma brani, np xckp sndri ngn A smlm?PENAKUT!ckp N tu xde maruah.ma y xde maruah!pndai2 reka cte..dh brumur,tp fkr cm bdk2,gune kpla lutut ke? ma jgn main ngn api klu dri xckup brani!jgn smpai A hlg sbr ngn prngai ma

Pukul 02.40 Msj dari hp saya ke N****Hei pgecut!! Dri mulut akhwt sakan sndri mgadu kt syabb. Skrg syabb smue dh tau da akhwt xd maruah..nk blek mlysia mgemis kt org yg sdg brmslh

Pukul 02.46 Msj dari hp saya ke N****Sya bg nsht elok2.ko putarbelitkn cte.. Skrg brselindung blkg A..brgembiralh dgn prbuatan ko 2. Slamt pergi & blek dgn tittle akhwt xde maruah

Pukul 03.09 Msj dari hp N ke saya****Ma tu prempuan y xde maruah! jg mulut ckt! xhbs2 nk kutuk org! dri sndri xsdr,dh la mls nk lyn org xde fkrn ni!

Pukul 03.20 Msj dari hp saya ke N****Spe yg xde fkrn? Hrp bljr agma smpai ngra arab.. ilmu setn yg dpt. Sebar cte yg bukn2..lbtkn org sne.. org sni..gunekn A..gunekn H..dh 2..leps tgn..

Pukul 03.35 Msj dari hp saya ke N****Sya brkta pe yg benr. Ko yg sebrkn cte yg bkn2 shgga H & A call ust ... Knpe x call sya j? Hei pgecut! Knpe xagkt tel mse sya cal pg td? Sudahlh..

Pukul 03.41 Msj dari hp N ke saya****Ma tu setan!ckp org setan..wahai prmpuan! ingt ckt KERANA MULUT KOTOR KAMU TU,BINASALAH KAMU NNT! bw mngucap la..ingt Allah! jgn smpai A hlg sbr! ingt tu!

Pukul 03.45 Msj dari hp saya ke N****Bakarlh trus c A 2.. sb ko sndri mmg xbrani..dasar PENGECUT. Krna hati & milut busuk ko 2..nme ko dh trkenal 'AKHWAT XDE MARUAH'

Pukul 03.52 Msj dari hp N ke saya****Basmalah..k...,mhn maaflh klu akak hntr msg bkn sya yg rpiy n akk call sya x angkt,mhn maaf beribu kirenya sya ni sshkn akk sekeluarga,sya bkn pngct sbgmn org yg x mmpu mnrma hakikt,sya bkn pnkt sbgmne org yg x brmaruah,bkn mcm org yg cba bkk aibnya sndr..maruah sye Alhmdllh msh trjg.

Pukul 03.54 Msj dari N ke saya****Intansurullaayansurlakum, Allah akn tlng org2 yg traniaya,dan mga hdyh utk org yg menganiaya drinye sndri dan org lain.

Pukul 04.00 Msj dari saya ke N****Stlh kta2 hina yg aakk treme bru nk jwb? Demi Allah pg ni bru akk tau yg H & A call ust... brkenaan 'prbualan kta'. Jka smlm akk tau sudh psti akk akn brtemu kalian mlm & sb 2 akk call pg td. akk kh yg memulakn bhsa kasar? maruah bkn trletak pd kta2 sje tp pd prbuatn..ingt 2 ustzah N..

Pukul 04.13 Msj dari N ke saya****Dan nme 'akhwt yg x de maruah' 2 akak yg gelarkn sndri 2 sbnrnye bkn pd org lain tpi pd dri sndri,sbb itu aib akk,akk x jg,dh trtnjol sglanye..hrp sme2 kta dbri hdyh & pnjk drNya..insyaAllah kak,kta2 d prbuatn,dua2 main2 prnn sbgi seorg mukminah,dn sya mnympikn yg sbtlnye apa yg akk ckp,dn sye bkn mrhsiakn prkr yg brkaitn dgn mslahah brsma kak

Pukul 04.13 Msj dari saya ke N****Stlh mki hmun org bru sruh org 2 mgucp,bru bg nsht? Ustzh pe ni? Brmule cte dr mlut N trjdilh smkin kurg ajr ank sdra kt pkck & mkck..bgus 2 ustzh?

Pukul 04.20 Msj dari saya ke N****Stlh prkra ni brlarutn,biarkn prgaduhn brlaku bru ustzh gnekn Al Quran sbgai pndindg. Knpe x mdahului Quran sbgai pyelesaian? Jka ustzh myampaikn pe yg benr,xmugkn phk stu g marah sb sya brkta yg bnar..treme ksh la ustzh..

Pukul 04.28 Msj dari N ke saya****K ....sye nympaikn apa yg k... ckp,bkn jd lidah brcbng,bkn niat mgapi2kn dua blh phk..dn sya x trsgkn yg akk kte ade cntct cik A, sbnrnye tidak..x........ * setengah teks hilang *

Pukul 04.32 msj dari saya ke N****Mklumt yg xbtul cm ni la yg slalu mybbkn trjadilh ssuatu prgaduhn mlbtkn byk phk & akak xsgka ini pegangn ustzh myampaikn mklumt xbtul & trus mdiamkn dri apble trjadinya prgaduhn. tlg buang pgangn 2..

# sebagai ibu bapa, saya cukup terasa dengan perbuatan A & N..bagi saya,mereka trlalu melampau..benar-benar mengambil kesempatan atas masalah Dr J. Sudahlah anak sakit, terpaksa pula keluar wang yang banyak untuk tambang A & N.. Jika benarlah mereka yang bersusah payah menjaga I..ikhlaskanlah bantuan anda..kenapa mereka jadi begitu?? Apabila berkata-kata..manis sungguh bahasa N tapi itukah sikap seorang bakal ustazah?? Melaga-melagakan dua orang bersaudara?? Kepada A..begitukah adab bahasa anak saudara?? Melihat dari perwatakan amatlah TERTUTUP tetapi bahasa,perangai,adab...#

Itulah serba sedikit kisah yang dapat saya kongsikan bersama..
& sehingga hari ini kisah itu masih tergantung begitu sahaja..
Kepada pelajar-pelajar, hati-hati memilih kawan..zaman moden ini kawan waktu susah pun harus berhati-hati..takut menuntut dibalas balik..tak semua ibu bapa mampu menlayangkan 'Tiket Free Etihad Rn4000'..bukan 1 tp 2..

Friday 8 January 2010

Selayang Pandang

Sepasang Patung Ais 20 Mac 2009

Syukri Di Syria 27 Mac 2009

Rumah Di Hai Zuhur 07 Mei 2009


Dengan lafaz bismillah saya memulakan coretan.. Setelah hampir setahun saya berada di bumi anbiya' ni,tak banyak sedikit saya akur jua permintaan sahabat-sahabat yg pastinya rindukan bahan-bahan cerita buat renungan kasih kumpulan kami..

Mula menjejakkan kaki di bumi anbiya' pada Feb 2009 bersama suami tercinta. Masa itu kami menyewa di hotel Karina. Antara yg mula dikenali ialah Sabran,Afiq,Khidier,Arif,Bob beserta yg lain-lain. Kenangan bermain salji bersama kalian,memang best..jangan lupa kepada 'pasangan patung ais' Kepada Syukri,terima kasih bawa jalan-jalan ke Syria..jangan lupa 'Montana Pizza'.. Selain itu terima kasih juga kepada Syauqi & Nabila yang sudi menemani kami jalan-jalan selama hampir 3 hari..teringat 'bundle'..

Awal Mei 2009 anak-anak tersayang sampai sini. Alangkah bahagianya kerana dapat berkumpul sekeluarga. Kami tinggal di 'Hai Zuhur' yang memang agak jauh dari pekan & tempat tinggal pelajar-pelajar tapi Alhamdulillah masih ramai yang sudi melapangkan masa datang bertandang terutama Mustaqim yang sanggup mengayuh basikal lebih-lebih lagi waktu kami keputusan bekalan air..jauh jugak tau.. Terima kasih kepada semua syabab yang sudi hadir ke majlis kenduri rumah kami. Maaf tidak dapat menjemput akhwat kerana tidak cukup ruang..maklumlah rumah comel.. tak ketinggalan ribuan terima kasih kepada Hidayah,Nadhirah,Azzyati & Azza yang sudi membantu memasak.

3 bulan kemudian kami terpaksa berpindah ke 'Hai Mustashfa kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi kali ini agak berdekatan dengan pekan. Pergi pasar cuma berjalan kaki je.. Ribuan terima kashi kepada teman-teman yang sudi membantu kami memindahkan barang-barang. Agak terkilan juga kerana dari ramai-ramai teman syabab yang ada, hanya beberapa orang saja yang sudi meluangkan masa seperti Arif Azfar,Helmi,Shauqi,Nizam,Mustaqim,Fakok & beberapa orang lagi. Tidak lupa kepada Miji & Afiq yang sudi membantu masak makan malam kami hari itu.

Meriah sungguh majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di rumah kami pada 25 September 2009. Dibuat dalam suasana santai tapi begitu mesra.. Dihadiri juga tetamu dari Malaysia iaitu ust Zahari guru pengiring pelajar dari KIAS & ust Fairoz Tinbalan Dekan Akademik Islam KUIS. Tak ketinggalan tetamu arab iaitu Abu Syaif, Abu Hibbah & ayahnya yang sudi menikmati juadah selera Malaysia. 'Sedap' kata mereka sehingga Abu Hibbah membungkus kuih raya untuk dibawa pulang.

Kami berbesar hati menerima tetamu2 dari Malaysia..rasa terlerai rindu kepada sanak saudara & sahabat.. Antara keluarga pelajar yang sudi mengunjungi teratak kami ialah tuan Hj Ismail & Hjh Ratnawati(ibubapa Izzat), Hj Mohd Nor sekeluarga(keluarga Abu Bakar) juga Hj Mohd Farid & Hjh Zahrah bt Sawadi(ibubapa Nadhirah). Antara tetamu kehormat pula ialah Dr Johari bin Mat selaku Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra(KIAS) serta Mejor Nazri. Selepas ini jika ada keluarga yang datang dari Malaysia...jemput-jemputlah ke rumah kami...